Sunday, March 20, 2011

GADIS SEMASA 3 (PENUTUP)

Berkumandang lagu 'cinta ini membunuhku' di laptopku
Lagu yang sinonim dengan orang yang sedang putus cinta
Hayati bait-bait lagu tersebut

"kau hancurkan aku dengan sikapmu,
tak sedar kah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku"

Kau tolak cintaku tanpa alasan yang munasabah
Hati yang selama ini penuh dengan kasih sayang menjadi kosong
Perasaan cinta semakin pudar dalam hatiku
Sakitnya bagai ditusuk dengan beribu-ribu anak panah
Perit getir ini hanya tuhan yang tahu

Aku tak kisah kau tolak cintaku
Aku memang tak dapat melupakanmu
Aku memang seorang lelaki yang tak pandai bercinta
Tapi kenapa kau tak pernah beri aku peluang untuk membuktikan cintaku
Andai kau beri aku peluang mungkin kau akan menjadi gadis yang terakhir dalam hidupku
Tapi aku tak diberi peluang itu
Kau bukan gadis yang yang aku cari selama ini
Walau pun aku tak dapat menjadikan kau suri dihatiku
Aku harap kemesraan kita akan berkekalan sampai bila-bila
Kau bukanlah GADIS SEMASA
Selamat tinggal GADIS SEMASA
Terima kasih kerana singgah dalam hatiku


Berakhirlah kisah GADIS SEMASA
Terima kasih pada MISS I sebab tak marah guna nama dia
Aku ingin menyusun 10 jari minta kemaafan dari MISS I sebab aku dah banyak sakitkan hati dia


Friday, March 18, 2011

PERASAAN

Jam sekarang menunjukkan pukul 2.10 pagi....
entah kenapa aku rase macam tak tenteram je....
perasaan gundah gulana tiba-tiba menguasai diri aku...
sehingga sukar untuk aku memejamkan mata ini...
perasaan yang tgh ad sekarang iini adalah

*MARAH
aku tak tau kenapa aku kene marah ngan dia ni...aku call dia tak angkat mesej pulak tak dibalas...
kalau tak balas mesej tu aku faham lagi mungkin dia tak ade kredit...tapi bile call tak diangkat tu ap maknanya????

*TAKUT
aku takut sebab dah nak final exam...aku belum bersedia lagi nak hadapi peperiksaan yang sama macam SPM...aku takut kalau aku tak berjaya hadapi peperiksaan ni...aku tak nak kecewakan ibubapa aku...

perasaan aku sekarang ni tgh bercampur baur...macam perkara bermain dalam fikiran aku sekarang ni...banyak masalah aku tengah hadapi sekarang ni...aku perlukan seseorang untuk luahkan perasaan aku ni...

Monday, March 14, 2011

GADIS SEMASA 2

Atas permintaan ramai aku terpaksa sambung penulisan aku tentang MISS I
Member kelas aku tak sabar-sabar tunggu bahagian ke 2....


Kenangan bergotong-royong yang tak dapat aku lupakan
MISS I hadir bersama teman-temannya
Aku hadir keseorangan
Ku lihat MISS I melangkah masuk ke dewan


Lantas aku menghabiskan makanan aku
Aku masuk ke dalam dewan mencari-cari MISS I
Kelihatan kelibat MISS I di satu bahagian tempat duduk
Aku menyusun langkah dan terus duduk di belakang MISS I

Selesai taklimat kami menuju ke destinasi masing-masing
Pada mulanya tidak kelihatan MISS I
Satu pesanan ringkas aku hantar untuknya
Pesanan dibalas dgn mengatakan dia berada di blok bersebelahan

Kelihatan MISS I sedang mengemas sebuah kelas bersama rakannya
Aku mula menunjukkan kerajinanku mengemas kelas itu bersamanya
Tiada sepatah pun keluar dari mulut MISS I
Kemungkinan dia sedang fokus hendak mengemas kelas tersebut

Kelihatan kelibat rakan-rakan sekelasku yang baru tiba
Kelibat mereka begitu menyenangkan hatiku
Aku sudah tidak keseorangan lagi
Kami diarahkan untuk membersihkan satu kelas

Setelah selesai mengemas kelas tersebut
Kelihatan MISS I sedang bergambar dengan rakannya
Ku mula mengusik rakannya
Ternyata rakannya sangat mesra alam sama sepertinya

Kesian MISS I pada hari tersebut
Dia digelar POWER RANGERS PINK oleh rakan-rakanku
Begitu marah dia apabila dipanggil dengan gelaran tersebut
Mereka mengaitkan dia dengan aku

Setelah selesai kami semua pulang ke bilik masing-masing
Kenangan bergotong-royong bersamanya amat bernilai


Saturday, March 12, 2011

WHAT WE NEED IN LIFE


Abraham Maslow ada menyatakan terdapat beberapa faktor yang memotivasi seseorang itu
Faktor itu adalah keperluan fisiological,keperluan keselamatan,keperluan perhubungan,keperluan menghormati dan keperluan kepakaran.




Keperluan fisiological adalah seperti air,makanan,tempat berlindung dan pakaian.
dalam erti kata lain keprluan yang perlu bagi manusia.
Keperluan keselamatan adalah seperti keselamatan tempat tinggal,perlindungan insurans dan keselamatan dari bencana alam.
Keperluan dari segi perhubungan pula adalah seperti persahabatan,berkasih dan sebagainya.
keperluan dari segi adalah menghormati adalah seperti pujian dan ganjaran untuk menaikkan semangat
Keperluan kepakaran pula adalah dengan mengetahui potensi individu untuk perkembangan yang berterusan

Keperluan ini amatlah perlu untuk memotivasikan kita

Tuesday, March 8, 2011

GADIS SEMASA 1

Pertemuan yang tak pernah disangka
Kelas BEL menjadi titik permulaan
Kemerduan suaranya telah memikat hatiku
Bila berkata terlalu perlahan bunyinya
Penuh sopan mengatakan sesuatu

Timbul perasaan ingin mengenalinya
Minta nombor telefon dari kawan baiknya
SMS dihantar tanda ingin tahu
SMS dibalas sudi berkawan dengan ku
Bukan main gembira hatiku

Setelah selesai mengenal hati budi masing-masing
Lamaran menjadi kekasihku aku tujukan
Lamaran ditolak tanda belum bersedia
Alangkah sakitnya hatiku ini

Setelah sekian lama menunggu
Baru sekarang respons diberikan
Aku mula tunjuk kasih sayangku
Harap kali ini diberi balasan

MISS I sudah lama aku menunggu
Jangan kau hampakan perasaan ku

Monday, March 7, 2011

GADIS YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATIKU

Cinta…..Cinta…..Cinta
Ada apa dengan cinta
Hanya orang yang bercinta saje yang tau
Aku nak cerita pasal kisah cinta aku
Aku kenal dia mase kenduri berkhatan dua pupu aku
Pertama kali lihat wajah dia timbul perasaan ingin mengenalinya
Tak sempat mengenalinya disebabkan kekangan masa

Mungkin dia jodoh aku
Kami terserempak di satu kejohanan futsal
Aku dengan tanpa segan silu meminta nombor telefon bimbitnya
Aku mula mengsms dia
Setelah seminggu perkenalan timbul bibit cinta antara aku dan dia
Aku memberanikan diri melamar dia untuk menjadi kekasihku
Lamaran ku diterima
Hanya tuhan saja tau perasaan ku ketika itu

aku dan dia

First date kami di TANJUNG HARAPAN
dua-dua masih malu lagi ketika itu
aku terpaksa bawak sekali dua pupu aku

Tapi hubungan kami tidak berkekalan
Pada satu hari aku membawa dia bersiar-siar
Macam biasa tempat yang kami akan pergi adalah TASIK SEMENTA
Tanpa aku sedari abang dia ternampak aku dan dia
Balik dari bersiar-siar aku menghantar dia ke rumah
Selepas dari itu panggilan mahupun pesanan ringkas aku tidak dibalas
Aku tertanya-tanya adakah aku telah menyakiti hatinya

Seminggu tidak berhubung dengannya membuat aku tidak senang duduk
Aku tunggu dia ditempat dia selalu tunggu bas
Penantian aku pada waktu itu hanya sia-sia
Dia tidak muncul pun
Pada satu hari telefon bimbit aku berdering bermakna ada mesej masuk
Tertera name si dia di skrin telefon bimbit aku
alangkah gembiranya aku pada ketika itu
Namun bila aku buka mesej itu ini yang tertera di skrin

"ni abang H**i...jgn kacau H**i lagi.."

Hati aku terasa seperti ditikam oleh pisau
Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Maka berakhirlah hubungan aku dan dia
Walaupun telah lama berpisah dengan dia
Aku masih tak dapat lupakan dia
3 tahun aku simpan perasaan aku pada dia
Namun sekarang ada gadis lain yang telah mencuri hatiku
Selamat Tinggal MISS H



P/s:tunggu entry untuk gadis semasa...aku akan cerita gadis yang telah mencuri hatiku sekarang ni.....



Friday, March 4, 2011

Kemasukan ke Pra Diploma UiTM



PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!!!
Kepada lepasan SPM 2010.......
Permohonan Kemasukan Ke UiTM bagi program Pra Diploma telah DIBUKA
Anda boleh melayari laman sesawang UiTM www.online.uitm.edu.my/pra/ untuk maklumat lanjut....
program ini khas untuk mereka-mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan pada SPM 2010...
Bagi yang mendapat keputusan yang memuaskan boleh layari laman web UPU http://upu.mohe.gov.my .....
tak payah nak mohon Pra Diploma....

Untuk keterangan lanjut layari laman sesawang UiTM online.uitm.edu.my....