Sunday, April 24, 2011

SEMALAM AKU PART1 ESOK AKU PART2

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia
Arini aku nak cerita tenteng kehidupan kampus aku yang akan berakhir
Berakhir?????
Maksud aku berakhir untuk part 1
Banyak kenangan pahit dan manis selama aku berada di kampus UiTM Jengka ni
First impression aku masuk sini
"hutan ke tempat aku belajar ni???"
"mesti boring kan kat sini"
"tak ada apa pun yang menarik kat Jengka ni"
Begitulah first impression aku pertama kali menjejakkan bumi jengka
Tapi berbekalkan semangat yang aku ada aku tabahkan hati aku
Mak aku juga pesan "datang sini nak belajar kan bukan bersuka ria"
Kata-kata semangat tu yang buat aku makin bersemangat untuk belajar

First week kat UiTM jengka ni memang memenatkan
Minggu Destini Siswa paling dahsyat kot
Roll call pukul 4 setengah pagi (time tgh syok mimpi)
Boleh dikatakan kita orang keluar pukul 4 setengah pagi dan balik pada pukul 12 tengah malam
Ditambah pula duduk di DSG yang sejuk nya sama macam berada di kutub utara
First week yang amat memenatkan bagi aku

Second week merupakan minggu bermulanya kuliah
Kelas pertama adalah kelas akaun
aku sampai kelas seorang diri sebab masih belum ada kawan lagi
Mula-mula budak kelas aku cakap yang aku ni nerd
Lama kelamaan baru dia orang tahu the true colour of me
Sesi kuliah berjalan dengan lancar tapi terganggu dengan kelas akaun yang mana lecturer tak pernah masuk kelas

Tak sah rasanya kalau tak usha awek-awek UiTM ni
So aku pun mulakan jarum aku dengan usha sorang budak kelas aku ni
Name dia tak perlu tau lah hanya dengan panggilan MISS I je
Usha punya usha tak melekat pun kat aku
Rupa-rupanya dia ni dah jadi kepunyaan orang lain
Akhirnya kita orang pun jadi lah kawan baik
Dia lah satu-satunya kawan perempuan yang rapat ngan aku

Begitulah cerita aku sebagai seorang pelajar UiTM
Sedar tak sedar aku dah nak habis part 1 dah
Mulai 1 jun aku akan masuk part 2 dah
Apa yang aku nak highlight kat sini walaupun ceruk mana tempat 2 pelajaran wajib di utamakan
Tapi aku pelik sume kampus cawangan UiTM memang kat dalam hutan ke???hahahha


Nerd ke aq???


terjah blog ini:
Ana Faryana

=,=vv c-ya

Saturday, April 16, 2011

MY FINAL EXAM

Assalammualaikum
Salam 1 Malaysia
Hari ni aku nak cerita pasal aku punye final exam
Ini merupakan final exam aku yang pertama sebagai seorang pelajar U
Ape perasaan korang bile nak final exam confirm cuak kan
same lah macam aku tambahan pulak aku ni tak lah sebijak mana
Test ke quiz ke mesti dapat markah average jew
Tapi ape yang best aku dah lepas course yang susah gile
Course HBU 111 atau name manja dia KESATRIA NEGARA 1
Lega aku dapat settle kan course ni dengan jayanya

So sekarang ni aku nak kena tumpukan perhatian aku dekat beberapa course yang agak killer ar gak
Antara course tersebut adalah

1- Financial Accounting (Course paling susah gile,lecturer ajar susah nak masuk)
2- Bussiness Mathematics (Course ni aku asyik dapat markah average je)
2- Prinsip asas Islam (Ni pun killer gak,sebab lecturer straight gile)
4- Fundamentals of Management (Ni nak kene banyak menghafal,lecturer course ni terbaik lah)
5- Consolidating Language skills (Ni nak kene careful,no mistakes on grammar)

Aku harap aku dapat buat yang yang terbaik untuk sume course ni
Ape yang paling penting aku tak nak jadi repeaters for next sem

Dan di kesempatan ini aku nak minta dari hujung rambut sampai hujung kaki
Halal kan makan minum aku selama ni
Minta ampun kalau ada terkasar bahasa,terpukul ke terumpat ke
Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk my final exam
Doakan jugak aku dapat anugerah dekan

='=vv...
c ya....

Sunday, April 10, 2011

GADISKU

Assalammualaikum
hari ni aku nak cerita pasal seorang perempuan yang baru aku kenal hati budinya dalam 2-3 bulan...
First aku kenal melalui roomate aq yg 1 course ngan dia ni...
Aku pun suruh roomate aku adjust dia untuk aku...
Tapi cite 2 hbs kat situ je...
Pada 1 ari aq tergerak hati untuk keluar berjogging satu kampus ngan member yg dulu rapat skunk dh tak rapat...
Dia bawak roomate dia skali....
Tibe-tibe roomate dia berhenti di 1 taman....
Rupe-rupenye dia berjumpa gadis tersebut...
Dari situ hati aq dh set hati aku lupekan dia...

Bulan berganti bulan...
Aku dapat tahu yang dorang dah break...
Aku pun buat tak tahu je....
Sampai ar 1 ari aku jumpe dia di 1 aktiviti universiti...
Mulanye malu untuk bertegur...
Akhirnya aq beranikan diri untuk bertegur mahupun bergurau senda...
Cerita tu pun habis disitu...
Entah tibe-tibe pada 1 ari...
Tangan aku jadi gatal dan tercall dia...
Mule-mule aku appear jadi anonymous...
Aku pun usik-usik dia...
Akhirnya aku beritahu siapa diri aku sebenar...
Kite org pun mula message dan dia pun kadang-kadang call aku....
Tanpa aku sedari aku dah jatuh hati kat dia ni...
Aku ni memang senang jatuh cinta...
Tapi aku takut sebab dia ni ramai kawan lelaki...
Aku tak nak aku kecewa....
Dia pun belum tahu lagi yg aku dah jatuh cinta kat dia....
Pedih nye rase hati ni memendam perasaan...

Saturday, April 2, 2011

DI SERANG PENYAMUN

Assalamualaikum,salam 1 Malaysia
Gempak nye title kau fahmy
Saje kau nak amik perhatian orang kan
Padahal tak lah gempak mana blog kau ni
Issshhhhhh apa aku mengarut ni

Sebenarnya aku nak bercerita tentang dinner fakulti aku
Tema dinner tu Hikayat 1001 malam
Dah sah-sahlah kena dress up macam pak arab
Ini yang membuatkan aku tergaruk-garuk kepala walaupun tak gatal
Ye lah nak dress up macam pak arab
Banyak duit nak kena keluar
Cuba buat tema masquarade boleh lah aku pinjam baju budak civil sebab diaorang punye dinner tema masquarade
Akhirnya aku beli serban yang berharga RM15 kat Pasar Jawa dan kurta RM35 kat bandar jengka
Hasilnya jadi lah mcm kat nawah ni


ada gaya pak arab tak??

Gimmick pada malam tu adalah majlis kitaorang diserang dengan penyamun-penyamun
Memang kecoh lah mak-mak arab semua
Tapi apa yang aku nak bagitahu dinner ni tak berape happening
Makanan pun boleh lah tahan sedapnya
Persembahan agak kucar-kacir sikit
Secara keseluruhannya agak tak best dinner ni
So diharap next sem pilih lah tema yang lebih sesuai


P/s:kepada pengarah program dinner jangan mara k....