Friday, June 24, 2011

KES MAHKAMAH

Assalammualaikum
Ape kena dengan aku ni tibe-tibe je ade kes mahkamah ni
Mesti korang expect besar kan salah yang aku bwat tu
Sebenarnya tak lah besar sangat salah aku tu
Mahkamah tu pun tak lah sebesar mahkamah persekutuan tu
Mahkamah tersebut adalah mahkamah UiTM Pahang
Kes pulak adalah tidak hadir perjumpaan dengan Penasihat Akademik

surat pertuduhan

Suka nye aku bile dapat surat pertuduhan tu
Dah macam penjenayah dah siap dapat surat pertuduhan

Tunggu keputusan juri

Muka cuak giler
Macam kene hukuman gantung atau penjara je
Padahal hukuman dia just kene AMARAN dengan DENDA RM80
Tapi denda tu agak tak sesuai lah
Kami ni student, duit pun tak ada cuba ar bagi kelonggaran sikit
Nampaknya terpaksa lah aku ikat perut minggu depan
Kalau tak memang lari ar bajet aku
Itulah yang terjadi minggu ni

Moral of the story : Hadirlah setiap aktiviti yang diadakan oleh pihak fakulti....

Saturday, June 11, 2011

APAD - Google android Tablet Pc

Assalammualaikum
ari ni aku nak bercerita pasal 1 gadget yang aku baru je jumpa dekat mudah
cool jugak gadget ni
gadget ni dipanggil APAD...( bukan iPad ae)
atau name panjang benda ni Google android Tablet Pc





agak cool kan gadget ni
nampak mcm netbook tapi dia bukan netbook
nampak macam iPad tapi dia bukan keluaran Apple
lagi satu benda ni tak lah mahal mane pun
kalau pandai cari kat mudah.my harga gadget ni around Rm300 to Rm400
berbaloi kan harga dia
gadget ni boleh dikatakan sama dengan netbook dari segi function dia
tapi dia tetap tak boleh kalah kan netbook

Specifications:
Android 2.2
Android Market
Adobe Flash 10.2

ARM11 WM8650 800mhz processor
7 inch Dual-Touch screen display (can pinch to zoom photos, websites, etc)
Hightlight - superb TOUCH SCREEN Quality (fell like Capacity)
800 x 480 resolution (16:9) perfect for movie
Integrate system design USB, OTG , Body-hide Pen all built in...
Superb Build Quality

256mb ram
4 GB flash memory,(NOT 2 GB)
MicroSD card expandable up to 32GB
Accelerometer (G-sensor)
Front-facing 1.3 megapixels webcam
WiFi 802.11 b/g/n
External 3G Broadband support
Li-ion Rechargable Battery..wifi..approx. 2.2 hrs
Build-in microphone
Earphone jack
2 USB slot...direct slot,normal and mini
Integrate system design USB, OTG ,
Body-hide Pen all built in...
Superb Build Quality

Build-in speaker
MicroSD card slot expandable up to 32GB
support HD video from 480p
(DIVX,XVID,H.264,MP4,FLV,AVI,MOV,MKV and more) up to 720p(MPEG2 or MJPEG)

memang cool kan gadget ni....
aku pun tengah dalam proses kumpul duit nak dapatkan gadget ni..
Gud luck ar pada aku kan....

Monday, June 6, 2011

First date dengan si dia

Assalammualaikum
hari ni aku nak cerita pasal aku punye first date ngan dia
dia tu sape???kalau korang follow blog aku korang akan tau sape dia
tanggal 3 jun 2011 tarikh keramat
KL Sentral menjadi saksi pertemuan kami
hahahaha...mesti korang fikir aku ni tak romantik kan dating kat KL Sentral
sebenarnya dia baru balik dari Perak dan pada masa sama aku baru balik dari Pahang
so aku decide nak jumpa dia kat sana

so aku ambik lah bas dalam kul 11 setengah
sampai kat KL Sentral dalam kul 3 macam tu lah
dia pulak naik tren kul 1.45 dan dijangka sampai dalam kul 4.40
1 jam 4o minit
apa aku nak buat dengan masa selama tu
aku pun lepak kat McD kat KL Sentral tu
Lame sangat aku tunggu aku pun jadi boring kat situ
aku pun jalan-jalan kat KL Sentral tu
aku tengok jam dah kul 4 setengah
aku pun tunggu dia kat platform no 2
dah nak kul 5 aku tunggu kat situ tapi dia tak muncul-muncul lagi
aku pun sms dia tanye dia kat mana
dia cakap tren dia stuck kat rawang
aku pun tunggu dia sampai

tak lama lepas tu dia pun sampai
kite orang pun jumpe dekat depan McD
tuhan je yang tahu perasaan aku jumpe dengan dia (poyo je)
lepas tu kite orang pun beli tiket balik rumah masing-masing
sebelum naik tren balik tu dia singgah McD jup sebab dia cakap dia nak makan
lepas tapau McD kite orang pun gerak pegi kat platform
faham-faham je lah kalau peak hour macam mana kan
orang ramai giler kat situ
nak naik tren pun kene berasak-asak
tunggu punya tunggu sampai jugak tren ke Pelabuhan Klang
dia balik Pelabuhan Klang aku plak balik Klang
kesian kat dia kene berasak-asak nak masuk tren

kat dalam tren plak orang memang ramai giler
dah macam sardin dah kite orang kat dalam tu
peluh tak payah cakap lah
dah macam lari 1 padang
kesian kat dia
dekat dalam tren dia cakap kat aku ada orang pijak kaki dia
habis berdarah kaki dia
aku memang jaga dia baik punyer kat dalam tren tu
stesen berganti stesen akhirnya aku sampai dekat stesen Klang
dia plak nak ke stesen Pelabuhan Klang
rase berat je nak tinggal kan dia sorang-sorang
aku pesan kat dia kalau dah sampai rumah nanti sms
aku pun terus pegi tunggu mama aku kat CP
agak lama jugak ar aku tunggu mama aku
pastu dia sms aku cakap dia dah sampai rumah
baru lega hati aku

memang gembira tak terkata
balik rumah bersama dia
harungi kepayahan menaiki tren bersam dia
what a precious moment with her


p/s:orang nak dia tahu yang orang sayang dia n orang sanggup buat apa saje unuk dia

Thursday, June 2, 2011

Bila masanya sudah tiba

Assalammualaikum
Aku kat sini nak cite pasal seorang perempuan yang aq dah lame tergila-gilakan sejak pertama kali aku jumpe dia
Aku pernah cerita pasal dia dalam post aku yang lepas
Cuba baca post tersebut

Sudah agak lama aku cuba nak ngorat dia akhirnya aku hampir berjaya untuk mendapatkannya
Pada mulanya memang susah nak ngorat dia ni
Hati dia keras macam batu
Tapi aku pegang pada kata-kata kawan aku iaitu "sekeras-keras hati perempuan pasti cair ngan laki"
Dengan berkat usaha aku akhirnya iainya membuahkan hasil
Namun ada jurang antara aku dan dia
Dia sekarang berada di perak manakalan aku berada di pahang
Namun itu bukan penghalang antara cinta aku dan dia

Ikhlas dari hati aku,aku memang cintakan dia sepenuh hati aku
Aku bukan nak bermain-main dengan dia tetapi aku nak jadikan suri dalam hati aku
Doakan lah dia dapat menerima aku