Wednesday, August 31, 2011

Hari Raya

Assalammualaikum....

Terlebih dahulu aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,Tangan Menyusun Sepuluh Jari Memohon Kemaafan Kepada Anda Semua"......
Berbalik kepada tajuk asal iaitu Hari Raya...
Mungkin bagi aku Hari Raya dah berkurang serinya...
Ye lah kan dah besar-besar ni mane nak dapat duit raya...
Tapi itu bukan punca utama dia....
Sebab dia adalah kerana tahun lepas aku tak dapat nak menyambut Hari Raya bersama keluarga...
Sedih tu tak payah nak cakap lah....
Tahun lepas aku terpaksa bekerja pada Hari Raya...
First time kerja pada Hari Raya...
Lepas je solat sunat aidilfitri aku terus bergegas ke tempat kerja...
Orang lain sibuk makan ketupat,rendang dan lemang,aku pulak makan "sausage eggmuffin"....
Itulah kenangan aku beraya pada tahun 2010...

Tahun ni pulak suasana dia berbeza pulak...
Tahun ni aku beraya sebagai seorang student...
Nak kata beraya sakan tu,tak pun..
Biasa-biasa je sambutan hari raya bagi diriku...
Seperti biasa lah malam raya,aku akan keluar ke Bandar Klang untuk membuat persiapan terakhir..
Pagi raya pulak sudah menjadi kebiasaan umat Islam untuk menunaikan solat sunat aidilfitri..
Selesai solat sunat aku sekadar duduk berehat di rumah...
Selepas zohor aku bertolak pulang ke kampung..
Di kampung aku beraya di rumah saudara-mara aku...
Pada Hari Raya ke2 pulak...
Aku sambung berhari raya di rumah saudara-mara aku...


Begitulah cerita Hari Raya aku....
Layan lah gambar aku pada Hari Raya...

<3 my family <3

khas untuk semua





Monday, August 15, 2011

Baddrol Bakhtiar Ke Wigan Athletic ?

Assalammualaikum
Terkejut aku bile bace 1 artikel ni
Wahhhh,,,,,dah maju seyh pemain bola Malaysia sekarang ni

Ada jugak kelab dari England nak pemain Malaysia ni
Pemain yang aku maksudkan ADALAH :-


BADDROL BAKHTIAR

Baddrol Bakhtiar telah ditawarkan tempoh percubaan di kelab LIGA PERDANA INGGERIS
Kelab tersebut telah menyatakan hasrat mereka di laman web kelab mereka
Kelab tersebut ADALAH :-


WIGAN ATHLETIC

Walaupun bukan kelab besar tapi amat membanggakan bagi rakyat Malaysia
Ini lah masanya nak naikkkan semula prestasi SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA
Sebelum ni pun Baddrol Bakhtiar pernah menjalani latihan bersama skuad CHELSEA
1 lagi pengiktirafan untuk SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA secara amnya dan kepada Baddrol Bakhtiar khasnya...


Hidup Harimau Malaya.............